Minyak Enjin Motosikal Castrol POWER1 ULTIMATE dengan Prestasi yang Mengejutkan

0
5720


SEBUT Castrol pasti ramai bikers kenal jenama minyak pelincir yang disegani ini.

Terbaharu, Castrol menjanjikan ‘Prestasi yang Mengejutkan’ dengan memperkenalkan produk minyak pelincir motosikal sintetik penuh baharu, Castrol POWER1 ULTIMATE dengan formulasi 5-dalam-1 unik.

Minyak enjin motosikal ini menjanjikan perlindungan dan prestasi enjin motosikal terbaik untuk kekal beroperasi dalam pelbagai kondisi tunggangan. Nak satu? Anda boleh dapatkan pelincir ini secara atas talian di laman Shopee semudah KLIK SINI.

Apakah Keunikan dan Keistimewaan Castrol POWER1 ULTIMATE?

1. Pecutan yang Cemerlang

Prestasi minyak pelincir ini terbukti mengatasi majoriti pelincir motosikal lain di pasaran berdasarkan ujian dilakukan pada enjin Honda CBR300 dan Honda ANC125.

2. Perlindungan yang Cemerlang

Enjin motosikal anda akan mendapat perlindungan 50 peratus lebih baik daripada masalah kehausan berbanding had industri untuk kenderaan dua roda.

3. Tunggangan Jadi Lancar

Ya, tunggangan kini jadi lebih lancar walaupun motosikal anda diasak dalam pelbagai kelajuan. Setiap anjakan klac sentiasa lancar tanpa ada sebarang gelinciran atau gegaran.

4. Enjin Kekal Sejuk

Minyak pelincir Castrol POWER1 ULTIMATE menjanjikan prestasi kawalan suhu menakjubkan menerusi ujian ekstrem mencecah 12,000km.

5. Prestasi Berkekalan

Castrol POWER1 ULTIMATE mampu mengekalkan 95 peratus prestasi asal dalam ujian ketahanan trek lumba sejauh 48,000km. Memang cukup lasak seperti slogan minyak pelincir ini, ‘Prestasi yang Mengejutkan!’

Minyak pelincir baharu sintetik penuh Castrol POWER1 ULTIMATE pasti memberikan pengalaman tunggangan menakjubkan buat anda yang mahukan prestasi, perlindungan, ketahanan dan kelancaran tunggangan terbaik sepanjang masa.

Ayuh dapatkan Castrol POWER1 ULTIMATE di laman beli -belah atas talian, Shopee di SINI. Maklumat lanjut boleh layari: https://www.castrol.com/en_my/malaysia/home.html.