Shell Advance dengan Minyak Pelincir Motosikal Baharu 15W-50

0
2560


Shell Advance dengan Minyak Pelincir Motosikal Baharu 15W 50
BERITA baik buat pemilik dua roda yang sukakan power? Kepada pengguna minyak pelincir 15W-50, Shell Advance kini mempunyai dua produk minyak enjin motosikal, iaitu:

  • Shell Advance AX7 15W-50 Semi SyntheticRM33.90
  • Shell Advance Ultra 15W-50 Fully SyntheticRM68.30

Apa yang menarik? Shell Advance AX7 15W-50 ialah pelincir semi-sintetik yang sesuai untuk model kapcai lama, manakala Ultra 15W-50 pula pelincir sintetik penuh untuk model kapcai baharu dan superbike.

Bukan itu saja, dua produk terbaharu Shell Advance itu memberikan perlindungan ke atas enjin daripada kesan haba terlalu panas selain memastikan piston dalam keadaan bersih. Paling penting, penggunaan minyak pelincir Shell Advance AX7 dan Ultra turut menawarkan penjimatan bahan api lebih baik.

Shell Advance AX7 menawarkan manfaat seperti berikut:

  • Mengekalkan kebersihan piston
  • Perlindungan daripada suhu tinggi
  • Melindungi komponen daripada masalah kehausan
  • Meningkatkan penjimatan bahan api
  • Mengekalkan kuasa kuda enjin

Shell Advance Ultra menawarkan enam manfaat utama kepada motosikal anda, iaitu:

  • Formulasi unik yang menggunakan Shell PurePlus Technology dirumus dari gas asli, menjadikannya 99.5% tulen
  • Perbatuan lebih jauh dengan isian petrol yang sama
  • Enjin bersih dan responsif yang memberikan lebih kuasa
  • Memanjangkan jangka hayat komponen penting yang menggerakkan enjin dengan mengurangkan kehausan
  • Minyak enjin tidak mengalami degradasi pada suhu tinggi, dan bekerja seperti baharu
  • Enjin kekal berkuasa sepanjang masa

Produk pelincir baharu Shell kini boleh didapati di bengkel Shell Advance terdekat, serta stesen minyak Shell seluruh negara. Ingat, pelincir asli mesti memiliki label ‘untuk pasaran Malaysia’ sebagai tanda ketulenan.

Tunggu apa lagi, dapatkan minyak pelincir Shell Advance terbaharu dan anda akan dapat rasakan power dan kelainannya.