6 Fakta Pantas Tentang Minyak Enjin Motosikal Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu

0
3901

MINYAK enjin motosikal Caltex Havoline memang tidak asing lagi di kalangan penunggang Malaysia. Januari lalu, Caltex baru sahaja melancarkan produk utama, iaitu Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40. Tetapi tahukah anda Caltex ada menawarkan pelbagai produk minyak enjin motosikal lain yang boleh dipilih mengikut bajet dan kesesuaian jentera anda?

Sekarang mari kita baca fakta pantas berikut:

1. APAKAH CALTEX HAVOLINE BAHARU?

Minyak enjin motosikal Caltex Havoline baharu ialah produk minyak pelincir motosikal berasaskan Teknologi C.O.R.E. dan dibangunkan khas untuk keperluan tunggangan urban yang perlu berdepan situasi trafik sesak sepanjang masa tanpa mengira jentera baharu atau lama.

Selain teknologi C.O.R.E., Caltex Havoline turut membangunkan teknologi aditif, dipanggil ZOOMTECH untuk pelincir jenis semi-sintetik yang mampu mengoptimumkan hantaran kuasa.

2. APAKAH PRODUK MINYAK ENJIN MOTOSIKAL CALTEX HAVOLINE?

Caltex Havoline menawarkan minyak enjin khas untuk dua kategori utama motosikal, iaitu motosikal standard dan skuter. Pecahan jenis produk adalah seperti berikut.

MOTOSIKAL

SKUTER

3. APAKAH TEKNOLOGI C.O.R.E.?

 

C.O.R.E. asasnya ialah ciri khas yang menjadi objektif pembangunan minyak pelincir Caltex Havoline, terdiri daripada singkatan akronim seperti berikut:

  • [C]lean – (Bersih) – Membersihkan dan melindungi enjin untuk menghasilkan prestasi superior.
  • [O]xidation – (Pengoksidaan) – Melindungi enjin akibat proses degradasi pelincir.
  • [R]educe – (Mengurangkan) – Meminimumkan kerosakan akibat panas enjin menerusi kualiti kestabilan pelincir terbaik yang memberikan perlindungan berpanjangan.
  • [E]nhance – (Peningkatan) – Meningkatkan pecutan menerusi cengkaman klac dipertingkat walaupun dalam beban tinggi.

4. APA PULA ZOOMTECH?

Teknologi ZOOMTECH ini pula ialah formula aditif baharu dibangunkan Caltex Havoline untuk minyak pelincir semi-sintetik dan mineral yang mampu menambah baik cengkaman klac (clutch grip) bagi mendapatkan hantaran kuasa optimum.

Ujian dilakukan ke atas Havoline Super 4T Semi-Synthetic menghasilkan keputusan 13 peratus lebih baik terhadap cengkaman klac dan peningkatan pecutan berbanding pelincir lama, Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40.

5. KEISTIMEWAAN FULLY SYNTHETIC BAHARU?

Pelincir sintetik penuh yang dibangunkan berasaskan teknologi C.O.R.E. ini sangat disarankan untuk motosikal berprestasi tinggi, dan berkapasiti besar. Bagi menangani rev enjin tinggi dan tambahan haba, pelincir ini diformulasi menjadi 50 peratus lebih superior berbanding kestabilan pengoksidaan dalam standard industri, API SN. Jadi enjin mendapat lebih perlindungan daripada kerosakan panas enjin.

Ujian dilakukan ke atas produk pelincir Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 menunjukkan kestabilan pengoksidaan sebanyak 50 peratus bagi perlindungan panas enjin akibat degradasi pelincir.

6. TENTANG PELINCIR SKUTER?

Minyak pelincir Caltex Havoline untuk skuter pula dinaik taraf supaya dapat memenuhi standard industri API SN. Kini pemilik skuter dapat menikmati minyak enjin yang lebih baik menerusi produk Super Matic 4T sama ada pelincir semi-sintetik atau mineral.

Semua produk pelincir Super Matic 4T turut sesuai dengan ciri skuter moden Jepun yang menggunakan piawaian JASO MB. Pelincir jenis ini tiada masalah melindungi skuter dengan kotak gear klac kering yang mampu mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan enjin.

Caltex turut menawarkan pek promosi istimewa kepada pemandu yang ingin menikmati perlindungan sempurna untuk kenderaan mereka. Promosi  ini ialah hasil kerjasama antara Caltex Havoline dan ONE Championship, yakni pertubuhan seni bela diri terbesar dunia.

Caranya, beli produk Caltex Havoline untuk menerima hadiah eksklusif percuma!

Cepat, mulakan sekarang!

Sah: 1 Mei hingga 30 Julai 2018

Dapatkan lebih maklumat melalui halaman ini: Caltex Havoline One Championship