Inilah 5 Ciri Minyak Enjin yang Baik untuk Motosikal Anda

0
22863

LAMA dahulu, motosikal boleh berkongsi minyak enjin yang sama dengan kereta, tetapi kini tidak lagi kerana objektif kedua-dua jenis kenderaan paling banyak dimiliki manusia di planet Bumi ini nyata berbeza dari segi struktur pembinaan dan cara enjin bekerja.

Secara teknikal, stres minyak enjin motosikal lebih tinggi berbanding kereta. Sebagai contoh, kereta sport 1.4L berkuasa 105hp dengan 3.2 liter minyak enjin, memiliki Faktor Stres Minyak (OSF) kira-kira 23. Sebaliknya motosikal 0.6 liter (600cc) berkuasa 123hp dengan 2.7 liter minyak enjin mencatatkan OSF sekitar 76, yakni hampir tiga kali ganda berbanding kereta.

Kebanyakan motosikal 4-lejang memiliki kurang minyak enjin berbanding kereta, dan minyak itu bukan bekerja dalam enjin semata-mata, tetapi juga berfungsi melindungi tekanan atau stres ke atas kotak gear, dan melancarkan operasi klac. Maknanya, minyak enjin motosikal perlu bekerja lebih keras berbanding kereta.

Jadi, apakah ciri minyak enjin motosikal yang baik?

1. PERLINDUNGAN SUHU TINGGI

Minyak enjin bukan saja terdedah kepada suhu operasi setiap kali motosikal dihidupkan, malah cuaca panas turut mempengaruhi ketahanan dan kualiti bendalir. Apatah lagi fizikal enjin motosikal memang sedia terdedah secara langsung kepada suhu sekeliling. Minyak enjin yang baik mampu menangani ancaman suhu tinggi.

2. KEKALKAN KUASA

Setiap penunggang sentiasa mahukan jentera yang ditunggangi dapat beroperasi pada tahap paling optimum. Tetapi, tahukah anda dalam banyak kes mengenai prestasi motosikal, penggunaan minyak enjin berkualiti memang memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi jentera.

Minyak enjin yang baik mampu mengelak berlaku masalah kehilangan atau susut kuasa walaupun motosikal ditunggang dalam tempoh lama.

3. PERTINGKAT PENJIMATAN MINYAK

Siapa pula yang tidak mahu motosikal yang jimat minyak? Lagi jimat, lagi bagus. Faktanya, penggunaan minyak enjin yang baik mampu meningkatkan tahap penjimatan bahan api motosikal sekurang-kurangnya hingga 5km per liter mengatasi minyak mineral biasa.

4. BERSIHKAN PISTON

Semakin bersih enjin, semakin bagus prestasi motosikal. Enjin yang bersih pula bergantung kepada minyak enjin terbaik, tanpa mengetepikan aspek penyenggaraan. Minyak enjin motosikal yang baik juga mampu menawarkan kualiti kelikatan (viscosity) berpanjangan selain memiliki aditif khas untuk menyingkirkan karbon, serbuk besi dan bendasing lain yang disebabkan suhu operasi enjin.

5. PANJANGKAN JANGKA HAYAT ENJIN

Haus dan lusuh (wear and tear) ialah masalah biasa yang pasti dihadapi mana-mana pemilik motosikal. Masalah ini sangat bergantung kepada cara dan kekerapan penggunaan motosikal, termasuk kepekaan mematuhi jadual penyenggaraan.

Minyak enjin pula termasuk dalam komponen penyenggaraan yang memang disahkan pakar automotif sebagai mampu memanjangkan jangka hayat motosikal. Semakin baik minyak enjin digunakan, maka semakin baik perlindungan yang diberikan, sekali gus meningkatkan potensi jangka hayat motosikal.

Sekarang kita semua sudah sedia maklum tentang 5 ciri minyak enjin terbaik untuk motosikal yang boleh kita jadikan panduan sebelum memilih bendalir utama itu. Tahukah anda, semua ciri di atas itu sudah sedia ditawarkan pada minyak enjin Shell Advance.  Jadi memang tidak perlu diragukan lagi kemampuan dan kualiti ditawarkan produk Shell Advance.

Terbaharu, Shell berbesar hati melancarkan kempen promosi Shell Advance berbentuk peraduan ‘Beli, Jawab dan Menang’ dengan menawarkan hadiah menarik kepada anda. Malah, cara peraduan juga cukup mudah, semudah makan kacang.

Cuma perlu ikut langkah seperti berikut:

  1. Beli sebarang minyak 4T Shell Advance dengan minimum harga RM25 (sebelum GST) dalam satu resit tunggal
    2. Jawab soalan
    3. Ambil gambar resit
    4. WhatsApp atau e-mel dengan maklumat berikut:
  • Nama
  • Jawapan
  • Resit
  • Nombor telefon / e-mel
  1. Hantarkan kepada: 018-379 1326 ATAU contest@lubespromo.com

Berikut butiran lengkap mengenai peraduan ini:

  • Tarikh Peraduan: 1 April 2018 – 31 Mei 2018
  • Hadiah
    – 2x Hadiah Mingguan – Oakley Shades
    – 1x Hadiah Utama – Ducati Monster 797
  • Keputusan mingguan akan disiarkan di laman Facebook Shell dan laman web Shell.com.my

Nak dapatkan minyak pelincir Shell Advance? Mudah saja, anda boleh beli di SINI. Untung-untung dapat menang Ducati Monster 797 🙂

GALERI