Setiap Hari Redah 65km, Demi Keluarga Dan Anak Didik Di Sekolah

0
1922
Kisah Inspirasi Pengejar Impian Petronas Cikgu Saidin

Kisah Inspirasi Pengejar Impian Petronas Cikgu SaidinMEMBAHAGIAKAN keluarga boleh dikatakan sudah menjadi impian semua orang. Namun tidak ramai yang mahu menambah satu lagi impian, iaitu berbakti kepada masyarakat kerana tidak semua sanggup dan tabah melakukannya seperti apa dibuktikan Ahmad Saidin Mohd Idris atau lebih senang dikenali sebagai Cikgu Saidin.

Ketika kita masih merungut dengan kehidupan yang kononnya serba susah dan saling menyalahkan, ingatlah, Cikgu Saidin, 40, perlu keluar dari rumahnya seawal 5 pagi dan menunggang motosikal sejauh 65km ke Sekolah Kebangsaan Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum itu, selain perlu singgah bersolat Subuh di surau Pos Betau ketika masih dalam perjalanan supaya sempat sampai ke sekolah, dia juga perlu meredah jalan raya yang tidak diturap sempurna untuk separuh jarak perjalanan lagi, iaitu lebih kurang 30km.

Jika tinggal di kampung, anda tentu dapat faham tentang bagaimana peritnya menunggang motosikal di jalan kampung. tidak boleh diperah sewenang-wenang, lampu jalan tidak banyak dan terpaksa pula berdepan risiko sekeliling yang sukar diduga. Kalau cuaca buruk, tiada jambatan untuk dibuat berteduh, dan susah pula mahu mencari hentian bas. Jadi berhujan, berembun dan berpanas itu sudah menjadi asam garam kehidupannya.

Kisah Inspirasi Pengejar Impian Petronas Cikgu SaidinSERVIS MOTOR SENDIRI GUNA MINYAK SPRINTA

Cikgu Saidin turut menyenggara motosikalnya sendiri, biasanya dia cuma melakukan servis asas seperti menukar minyak pelincir Sprinta dengan UltraFlex dan penapis minyak bagi setiap 1,000km perjalanan. Rutin penyenggaraan tersebut sangat penting supaya kenderaan hariannya itu tidak meragam dan bergerak lancar dengan sempurna.

Masa yang dikorbankan untuk mendidik anak bangsa di sekolah membuatkan masa bersama keluarga terasa begitu berharga bagi Cikgu Saidin. Jadi setiap masa yang ada akan dinikmatinya bersama anak dan isteri di rumah.

Berkongsi cerita tentang pengalaman, Cikgu Saidin mengakui pernah kecewa dengan keputusan peperiksaan yang dicapai selepas apa yang dia lakukan di sekolah. Mujurlah ada isteri yang setia memberikan kata semangat dan nasihat bahawa setiap apa yang berlaku biarlah berlalu. Apa yang penting kita mesti bangkit merancang perkara baharu.

“Apabila saya kenangkan balik, kejayaan saya itu akan saya kongsi bukan saja dengan keluarga di sekolah, tetapi juga keluarga di rumah.”

“Isteri dan keluarga yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Walaupun tidak memperolehi keputusan baik dalam peperiksaan sebelum ini, namun saya tekad mahu berikan terbaik kepada anak didik,” katanya lagi.

Mari kita sama-sama lihat video kisah inspirasi Cikgu Saidin di SINI.

Pengejar Impian – Cikgu Saidin

Ada yang mengejar dua impian. Untuk berbakti kepada masyarakat, sementara keluarga menjadi keutamaan. Ikutilah kisah seorang pengejar impian, Cikgu Saidin kerana bagi beliau jarak bukan lagi suatu penghalang! #PengejarImpian #PETRONASSprinta

Posted by PETRONAS Brands on Thursday, March 22, 2018

GALERI