Honda Vario 150 eSP & 125 eSP (2017) Warna Baharu, Kini Berimej Ringkas

0
16628


WALAUPUN tanpa model baharu, pengedar rasmi motosikal Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) memilih menyegarkan semula model-model sedia ada supaya tampil relevan dan disukai pembeli di Republik itu. Paling terbaru, giliran Honda Vario 150 eSP dan Vario 125 eSP diberikan wajah baharu selepas dua tahun debut sejak 2015.

Honda Vario 150 eSP menampilkan kombinasi warna monoton, Exclusive Pearl White (putih) dan Exclusive Matte Black (hitam) bagi jenis CBS-ISS (sistem brek kombi dan sistem henti lahu). Lambang sayap Honda 3 dimensi (3D) menjadi daya tarik baharu varian itu kali ini. Sementara itu, varian Exclusive Matte Black turut digandingkan dengan rim aloi emas.

Honda Vario 125 eSP pula menawarkan strip grafik berbeza untuk varian CBS dan CBS-ISS berserta warna baharu, Sonic White Red (putih). AHM mengharapkan pengenalan konsep warna baru dapat menjadi peneraju dalam mengubah trend skuter dalam kalangan generasi muda di Indonesia.

Harga atas jalan bagi Honda Vario 150 eSP jenis CBS-ISS ialah Rp21,175,000 (RM7,004), manakala Honda Vario 125 eSP jenis CBS berharga Rp18,175,000 (RM6,012) dan CBS-ISS Rp18,775,000 (RM6,210).

Sebelum Vario, AHM turut memperkenal model moped dan sports yang disegarkan semula seperti Supra GTR150 dan CBR150R. Di Malaysia, Vario menggunakan nama Honda Air Blade dengan kapasiti enjin 125cc dan dilancarkan sejak 2013.

HONDA VARIO 150 ESP

ENJIN 149.3cc; 4-lejang SOHC; Penyejukan cecair
TRANSMISI Automatik V-Matic
SISTEM BAHAN API PGM-FI
KUASA 12.5hp @ 8,500rpm
TORK 12.8Nm @ 5,000rpm
PENGHIDUP Tendang & Elektrik
DIMENSI Panjang 1,921mm x Lebar 683mm x Tinggi 1,096mm
BERAT KERB 109kg
SUSPENSI Teleskopik (depan); Lengan Ayun dengan monoshock (belakang)
BREK Cakera hidraulik dengan piston tunggal (depan); Dram (belakang)
TAYAR 80/90 – 14M/C 40P (depan); 90/90 – 14M/C 46P (belakang)
KAPASITI BAHAN API 5.5 liter

HONDA VARIO 125 eSP

ENJIN 124.8cc; 4-lejang SOHC; Penyejukan cecair
TRANSMISI Automatik V-Matic
SISTEM BAHAN API PGM-FI
KUASA 11.1hp @ 8,500rpm
TORK 10.8Nm @ 5,000rpm
PENGHIDUP Tendang & Elektrik
DIMENSI Panjang 1,921mm x Lebar 683mm x Tinggi 1,096mm
BERAT Kerb 109kg
SUSPENSI Teleskopik (depan); Lengan Ayun dengan monoshock (belakang)
BREK Cakera hidraulik dengan piston tunggal (depan); Dram (belakang)
TAYAR 80/90 – 14M/C 40P (depan); 90/90 – 14M/C 46P (belakang)
KAPASITI BAHAN API 5.5 liter