Husqvarna Svartpilen 401 Siap Sedia Keluar Model Versi Pengeluaran

0
1276


SELEPAS muncul sebagai motosikal konsep pada tiga tahun lalu, prototaip yang muncul di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2016, Husqvarna Svartpilen 401 (baca: His-Vana) dijangka akan melalui proses pengeluaran massa pada penggalkedua 2017.

Ini dibuktikan dengan tersebarnya Husqvarna Svartpilen 401 sedang ditunggang uji di sebuah negara di Eropah. Mengetengah ciri Street Scrambler, model ini khabarnya menggunakan suspensi depan WP dengan travel 150mm dan bar hendal lebar berserta pelindung kecil enjin. Bahagian tayar menggunakan produk jenama Pirelli Scorpion Rally STR bersaiz 17-inci dan jenis semi off-road

Berdasarkan sejarah, pembuatan Svartpilen 401 ialah hasil ilham Husqvarna Silverpilen, iaitu motosikal 2-lejang yang dikeluarkan selama sedekad – 1955-1965. Kini, Svartpilen ini dibikin sebagai interpretasi moden daripada Silverpilen yang ikonik.

Jentera ini menggunakan enjin sama yang dipasang pada KTM Duke 390, silinder tunggal dan bersesaran 373cc dengan kuasa kuda 43hp. Malah, casis, sistem transmisi dan lengan ayun (swing arm) turut menggunakan model KTM itu, termasuk panel meter TFT dan lampu utama LED.

Motosikal buatan Sweden ini dijangka melakukan debut umum di India pada tahun depan dan akan dihasilkan di kilang Bajaj di negara Asia Selatan itu.

SUMBER: Cycle World