Suzuki GSX-S150 Memang Ikut Ular Pun, Jawab Jurutera Jepun Tentang Lampu Pelik

0
9792

SUZUKI GSX-S150 direka sebagai motosikal sport touring yang mudah ditunggang dalam bandar dan perjalanan jarak jauh dengan penampilan serba sporty. Lebih istimewa, GSX-S150 nyata menampilkan identiti rupa tersendiri dengan bentuk badan berotot dan bersegi bersama ekor runcing dan pemijak kaki belakang agak tinggi, tidak seperti motosikal sport naked lain.

Tidak banyak isu tentang sosok badan GSX-S150, cuma ramai peminat dan pemerhati dua roda saling berdebat tentang rupa lampu depan yang pelik, masing-masing mendakwa seperti ular. Menyedari tentang cakap-cakap itu, Pembantu Ketua Jurutera di Bahagian Perancangan Pengeluaran, Minato Okumura berkata, rekabentuk lampu GSX-S150 memang mengambil falsafah ular.

“Falsafah kami menggambarkan seekor ular yang siap sedia membaham mangsa di hadapan,” kata Okumura dipetik laman web DapurPacu dari Indonesia.

Jawab Okumura lagi, rekabentuk lampu GSX-S150 juga menggambarkan naluri sebuah sports streetbike yang kuat dan lincah.

Hmm, nak kata apa lagi, jurutera sendiri yang cakap. Memang motor serupa ular pun. Tapi, garang juga apa?

SPESIFIKASI

ENJIN 147.3cc, penyejukan air, 4-lejang DOHC 4-injap, 1-silinder
SISTEM BAHAN API Suntikan Bahan Api
PENGHIDUP Elektrik
TRANSMISI 6-kelajuan klac basah
DIMENSI Panjang 1,975mm x Lebar 674mm x Tinggi 1,070mm
TINGGI PELANA 785mm
BERAT 127kg
SUSPENSI Teleskopik (depan), lengan ayun dan monoshock (belakang)
TAYAR 90/80-17 (depan), 30/70-17 (belakang)
BREK Cakera (depan & belakang)
HARGA Rp23,900,000 (RM7,941)

GALERI