Honda Scoopy (2017) Moden Serba-Serbi, Siap Ada Pengecas Telefon dan Sistem Penggera

0
1927


HONDA Scoopy mula diperkenalkan di Indonesia pada Jun 2010 dan pantas menjadi peneraju dalam segmen skuter unik dan retro moden. Sehingga kini model tersebut sudah terjual sebanyak 2 juta unit. Terkini, pasaran Negara Garuda itu sekali lagi melancarkan Honda Scoopy baharu dengan gaya lebih moden.

Dibawakan PT Astra Honda Motor (AHM) selaku pengeluar dan pengedar rasmi motosikal Honda di Indonesia, Scoopy ditawarkan dalam tiga pilihan varian – Sporty, Playful dan Stylish – bersama lapan warna.

Berikut pembaharuan Honda Scoopy (2017) di Indonesia:

  • Lampu depan projektor LED baharu digabungkan dengan lampu signal belok bentuk oval.
  • Rim 12-inci baharu dengan tayar lebih lebar.
  • Panel meter elektrik hadir dengan panel LCD baru yang memaparkan jumlah perbatuan, indikator petrol dan mod ECO.
  • Penggera anti-kecurian dilengkapi sistem jawab balas (answer back) yang membantu pemilik mengelak kecurian, dan memudahkan pencarian lokasi parkir.
  • Soket pengecaj dalam kotak konsol memudahkan urusan mengecas telefon pintar.
  • Teknologi kuasa pintar dipertingkat (enhanced smart power – eSP) disepadukan dengan ACG Starter, menjadikan enjin lebih halus dan senyap ketika dihidupkan, serta turut dipadankan ciri Sistem Henti Lahu (Idling Stop System – ISS) yang menghentikan kenderaan automatik apabila tidak bergerak lebih 3 saat, dan dihidupkan semula sebaik saja memulas terotel. Sama fungsi seperti kereta hibrid!

HARGA

Honda Scoopy dijual pada harga Rp17,800,000 (RM5,874) seunit.

SPESIFIKASI

ENJIN 110cc, 4-lejang SOHC dengan Penyejukan Udara, eSP (enhanced smart power)
TRANSMISI Automatik V-Matic
SISTEM BAHAN API Suntikan PGM-FI
DIMENSI 1,847mm (P) x 686mm (L) x 1,061mm (T)
KUASA 9.1hp @ 7,500rpm
TORK 9.4Nm @ 6,000rpm
SISTEM PENGHIDUP Tendang dan Elektrik
KAPASITI TANGKI 4 liter
SUSPENSI Teleskopik (depan), Lengan Ayun dengan Monoschock (belakang)
TAYAR 100/90 tanpa tiub (depan), 110/90 tanpa tiub (belakang)

GALERI

SUMBER: Astra Honda