Yamaha YZF-R15 2017 Bakal Lancar di Indonesia, Harga Rp34,500,000

0
1878


YAMAHA YZF-R15 (2017) bakal dilancarkan di pasaran Indonesia bulan ini pada harga Rp34,500,000 (RM11,482), menurut laporan Yamaha Motor, 31 Mac lalu. Model Yamaha baharu itu sebelum ini diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada 23 Januari 2017.

Antara perubahan signifikan Yamaha YZF-R15 (2017) berbanding model terdahulu, kini dilengkapi enjin Penggerakan Injap Variabel (VVA) 155cc yang memberikan peningkatan kuasa hingga 18.3 peratus kepada 19.3hp pada 10,000rpm, dan 4.7 peratus kecekapan bahan api. Ciri-ciri menarik lain termasuklah teknologi Klac Pembabas dan Bantuan (Assist & Slipper Clutch), suspensi depan terbalik (Up Side Down – USD), lampu depan LED berkembar, lampu belakang LED, meter digital sepenuhnya dan lain-lain.

Setakat ini Yamaha Motor mengesahkan, YZF-R15 (2017) bakal dilancarkan di pasaran Asean lain tidak lama lagi. Namun tidak dapat dipastikan sama ada pasaran Malaysia termasuk dalam senarai negara Asean tersebut. Mungkinkah Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) akan membuat kejutan kepada peminat Yamaha negara ini?

SUMBER: Yamaha Motor