Yamaha Dedah Harga Jualan dan Spesifikasi Enjin YZF-R6 (2017) Pasaran Britain

0
1511


YAMAHA Motor Europe (YME) pada 23 Mac lalu secara rasmi mengumumkan harga jualan model supersport Yamaha YZF-R6 (2017), termasuk mendedahkan spesifikasi enjin jentera itu. Bagaimanapun, harga setiap negara Eropah mungkin berbeza, tetapi bagi pasaran Britain, harga YZF-R6 bermula £10,999 (RM60,942).

BACA >>> Yamaha YZF-R6 (2017) Diperkenalkan Secara Rasmi

Kuasa dihasilkan mencapai 116.7hp @ 14,500rpm, manakala tork maksimum 61.7Nm @ 10,500rpm, sangat impresif dan mengujakan. Enjin 4-silinder bersesaran 599cc itu turut memenuhi piawaian ketat Euro 4, termasuk digandingkan pelbagai teknologi elektronik canggih yang pertama kali dilihat pada model YZF-R6.

Sistem Kawalan Traksi (TCS) 6-peringkat misalnya, membolehkan penunggang memilih mod tunggangan berbeza, dan bagi pecutan memukau, ada pula teknologi Sistem Anjakan Pantas (QSS) untuk penukaran gear lebih mudah dan pantas melalui sistem transmisi 6-kelajuan. Yamaha YZF-R6 (2017) bakal berada di pasaran Eropah bermula bulan ini.