Yamaha Perkenal MT-10 Tourer Edition (2017) untuk Kembara Lebih Selesa

0
1795

YAMAHA Motor Europe (YME) baru-baru ini memperkenalkan model cukup menarik, Yamaha MT-10 Tourer Edition. Dibina berasaskan model ‘hyper naked’ Yamaha MT-10 dengan enjin 1,000cc, MT-10 Tourer Edition ialah jawapan kepada peminat model tersebut yang mendambakan peningkatan prestasi supaya sesi kembara dan jelajah jarak jauh jadi lebih menyeronokkan.

Berikut ciri-ciri utama MT-10 Tourer Edition (2017):

  • MT-10 edisi istimewa
  • Keselesaan ditambah baik, dan fungsi dipertingkat
  • Thrilling Hyper Naked performance
  • Naked bike 1,000cc paling versatildan menyeronokkan
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) lembut
  • Skrin sport tinggi
  • Pelindung jari
  • Pelana rekaan selesa
  • Sokongan GPS
  • Pilihan navigasi satelit TomTom Rider 410 pada harga istimewa

Menurut YME, spesifikasi dan ciri teknikal Yamaha MT-10 Tourer Edition (2017) masih sama seperti MT-10. Antaranya penampilan enjin terkini 998cc 4-silinder sebaris crossplane ‘CP4’ milik YZF-R1, termasuk ciri seperti Yamaha D-MODE, Terotel Cip Dikawal Yamaha (Yamaha Chip Controlled Throttle – YCC-T), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Quick Shifter (QSS), Klac Bantuan dan Pembabas (Assist and Slipper Clutch – A&S) dan Kawalan Jelajah.

Yamaha MT-10 Tourer Edition (2017) sudah berada di pasaran Eropah mulai Mac lalu, dan tersedia dalam pilihan tiga warna menarik, Tech Black (hitam), Race Blu (biru) dan Night Fluo (hitam dengan rim kuning).