Harga Rasmi Suzuki GSX250R (2017) Pasaran Britain Bawah RM30k

0
758

Pada awal Mac lalu, Suzuki GB PLC mengumumkan harga rasmi untuk model baharu Suzuki GSX250R (2017) iaitu £4,299 (RM23,873) untuk varian serba hitam, manakala varian corak MotoGP ditawarkan pada harga £4,399 (RM24,428).

GSX250R (2017) adalah antara model terkini keluaran Suzuki yang menjadi taruhan pengeluar itu untuk memecah dominasi Yamaha, Kawasaki dan Honda yang masing-masing popular dengan model Yamaha YZF-R25, Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR250RR. Di atas kertas, GSX250R dijana enjin 248cc bersama gandingan transmisi 6-kelajuan dengan menghasilkan kuasa 24.6hp @ 8,000rpm dan tork 23.4Nm @ 6,500rpm.

Ketika ini Suzuki GSX250R (2017) sudah dan bakal berada di pasaran seluruh dunia seperti China, Eopah, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain. Bagi pasaran Asean, tidak dapat dipastikan sama ada Malaysia termasuk dalam salah satu destinasi utama model tersebut. Memandangkan tiada sebarang petunjuk setakat ini, kemasukan GSX250R ke pasaran negara ini kekal samar dan penuh misteri. 😀