
Diperkenalkan untuk pasaran Thailand mulai penghujung tahun lepas, Kawasaki W800 model 2017 ini merupakan sebuah model bergaya klasik yang menawan. Ianya dikuasakan enjin 773cc (48PS & 60Nm) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna seperti ‘Ebony’ (Special Edition) pada harga 395,000 Baht dan ‘Metalllic Ocean Blue’ sebanyak 376,000 Baht.
Sebelum ini dilaporkan Kawasaki W800 Final Edition 2016 untuk pasaran UK merupakan model yang terakhir, memandangkan pengeluarannya terpaksa diberhentikan disebabkan teknologinya tidak mampu lagi untuk mematuhi piawaian emisi ketat EURO 4 di Eropah. Nampaknya untuk pasaran Thailand dan juga Asia, ianya masih boleh dijual seperti biasa.
Untuk pasaran Malaysia, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd. turut didapati menawarkan model ini yang didatangkan dalam warna tunggal ‘Black’ (Special Edition). Berdasarkan maklumat terdahulu, Kawasaki W800 untuk pasaran Malaysia berharga sekitar RM58,000, hampir sama seperti harga untuk model berkenaan yang diiklankan di dalam Mudah.my.
Spesifikasi Kawasaki W800 2017 untuk pasaran Thailand:
ENGINE – POWER – PERFORMANCE | |
---|---|
Engine type | Air-cooled, 4-stroke Vertical Twin |
Displacement | 773 cc |
Valve system | SOHC, 8 valves |
Bore and stroke | 77.0 x 83.0 mm |
Compression ratio | 8.4:1 |
Transmission | 5-speed, return |
Ignition system | Digital |
Fuel system | Fuel injection: ø34 mm x 2 with sub-throttles |
Starting system | Electric |
Clutch | Wet multi-disc, manual |
Tire front | 100/90-19M/C 57H |
Tire rear | 130/80-18M/C 66H |
Length x Width x Height | 2,190 mm x 790 mm x 1,075 mm |
Wheelbase | 1,465 mm |
Ground clearance | 125 mm |
Seat height | 790 mm |
Curb mass | 217 kg |
Fuel Tank Capacity | 14 litres |
BRAKES – SUSPENSION | |
---|---|
Brakes: Front | Single 300 mm disc, Twin-piston |
Brakes: Rear | Drum, 160 mm |
Suspension: Front | ø39 mm telescopic fork |
Suspension: Rear | Twin shocks, Spring preload 5-way |