Pasukan MotoGP Ducati dan jentera Desmosedici GP 2017 diperkenalkan, Jorge Lorenzo bergandingan dengan Andrea Dovizioso

0
385

Memandangkan perlumbaan pertama MotoGP 2017 hanya akan bermula pada 26 Mac akan datang di Qatar (perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang dijadualkan pada 29 Oktober), jadi belum terlewat rasanya untuk penulis siarkan berita dan galeri gambar-gambar menarik Pasukan MotoGP Ducati 2017 bersama-sama jentera Desmosedici GP 2017.

Seperti mana kita semua sedia maklum, pelancaran rasmi pasukan MotoGP Ducati telah berlangsung pada 20 Januari yang lepas, dengan kehadiran juara dunia sebanyak lima kali Jorge Lorenzo yang kini bergandingan dengan Andrea Dovizioso. Jorge Lorenzo sebelum ini bersama-sama pasukan Yamaha, dan kini tempatnya digantikan oleh Maverick Viñales.

Dengan pengalamannya selama sembilan musim ketika bersama-sama Yamaha sebelum berpindah ke Ducati, mampukah Lorenzo meneruskan rentaknya untuk menaiki podium sebagai sang juara? Menarik untuk kita tunggu keputusan penuh MotoGP kali ini, namun sebelum itu kita lihat dahulu galeri gambar-gambar menarik di bawah, saksikan.

Ducati Desmosedici GP – Technical Specifications
Engine Liquid-cooled, 90° V4, four-stroke, evo desmodromic DOHC, four valves per cylinder
Capacity 1,000cc
Maximum power Over 250hp
Maximum speed Over 350 km/h (218 mph)
Transmission Ducati Seamless Transmission (DST_EVO). Chain final drive
Carburation Indirect electronic injection, four throttle bodies with injectors above and below the butterfly valves. Throttles operated by the new EVO 2 TCF (Throttle Control & Feedback) system
Fuel Shell Racing V-Power
Lubricant Shell Advance Ultra 4
Exhaust Akrapovic
Final Drive D.I.D Chain
Frame Aluminium alloy evo twin-spar
Suspension Öhlins inverted 48mm front fork and Öhlins rear shock absorber, adjustable for preload, new factory evolution damping system
Electronics Magneti Marelli ECU programmed with Dorna Unified Software
Tyres Michelin 17″ front and rear
Brakes Brembo, two 340mm carbon front discs with four-piston callipers. Single stainless steel rear disc with two-piston calliper
Dry weight 157 kg (346.1 lbs.)