Honda CB Twister di pasaran Brazil, enjin 250cc sejukan udara

0
547

Untuk pasaran Brazil, Honda CB Twister ditawarkan dengan enjin bersesaran 249.5cc dengan sistem sejukan jenis udara, yang kemudiannya dipadankan transmisi 6-kelajuan. Maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi model berkenaan boleh disaksikan di bawah, dialih bahasa dari bahasa Brazil ke bahasa Inggeris menggunakan sistem Google Translate.

  • Type: OHC, single cylinder, 4 – stroke, air – cooled
  • Displacement: 249.5 cc
  • Maximum power: 22.4 hp at 7,500 rpm (Diesel) / 22.6 hp at 7,500 rpm (Ethanol)
  • Torque máximo: 2,24 kgf.m a 6.000 rpm (Gasolina) / 2,28 kgf.m a 6.000 rpm (Etanol)
  • Transmission: 6-speed
  • Starting system: Electric
  • Bore x Stroke: 71.0 x 63.0 mm
  • Compression ratio: 9.6: 1
  • System Power: Electronic Injection PGM-FI
  • Fuel: Gasoline and Ethanol

Ciri-ciri lain yang melengkapi CB Twister adalah seperti panel meter digital sepenuhnya, sistem brek ABS dan lampu LED (LED flashlight) yang terang.  Berdasarkan spesifikasi yang hampir sama, boleh dikatakan Honda CB Twister ini merupakan pencabar sebenar kepada Yamaha FZ25 yang baru sahaja dilancarkan di pasaran India.

Namun begitu dari segi nilai astetika, penulis beranggapan bahawa penampilan keseluruhan Yamaha FZ25 adalah lebih sporty berbanding CB Twister. Namun apa yang pasti, baik Honda CB Twister atau pun Yamaha FZ25, kedua-dua model berkenaan tidak mungkin akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.