
Untuk musim 2017 dalam saingan FIM Superbike World Championship, kelas perlumbaan (entry level class) yang baharu diperkenalkan iaitu siri World Supersport 300 (WorldSSP300), bakal menyaksikan Yamaha mempertaruhkan enam pelumba muda yang berbakat melalui program bLU cRU bersama-sama jentera Yamaha YZF-R3.
Jentera tersebut diperkenalkan secara rasmi oleh Yamaha pada 7 Februari 2017 di ibu pejabat pasukan Movistar Yamaha MotoGP di Lesmo, Itali, bersempena dengan siaran akhbar rasmi global Yamaha yang diadakan untuk memperkenalkan setiap pasukan (2017 Road and Off-Road line up) perlumbaannya dalam saingan musim ini.
Enam pelumba yang akan bersaing dalam WorldSSP300 2017 turut diperkenalkan kepada pihak media antarabangsa, berusia dalam lingkungan 15 ke 19 tahun, yang mana menurut Yamaha salah seorang daripadanya secara automatik akan menempah tempat dalam pasukan ‘Yamaha Official WorldSSP Team’ bagi musim 2018.
Yamaha berharap siri perlumbaan yang diperkenalkan itu bakal membolehkan pelumba muda menunjukkan bakatnya untuk melangkah ke kelas perlumbaan yang lebih tinggi. Setiap pelumba dalam program bLU cRU (R3 bLU cRU Challenge) yang merupakan inisiatif daripada Yamaha Motor Europe berasal dari pelbagai negara seperti Finland, Ukraine, Itali, Perancis, Netherlands dan Brazil.
Perlumbaan pembukaan WorldSSP300 2017 dijadualkan berlangsung pada 2 April 2017 di Sepanyol (Spain’s Motorland Aragón Circuit). Kesemua 35 pelumba muda akan bersaing sesama mereka menggunakan jentera Yamaha YZF-R3, Kawasaki Ninja 300 dan Honda CBR500R. Senarai penuh peserta dan jentera masing-masing boleh dilihat di sini.
Spesifikasi Yamaha YZF-R3 WorldSSP300 2017:
Engine:
Engine type | 2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves |
Displacement | 321cc |
Bore x stroke | 68.0 mm x 44.1 mm |
Compression ratio | 11.2 : 1 |
Maximum power | 30.9 kW (42.0PS) @ 10,750 rpm |
Limited power version | N/A |
Maximum torque | 29.6 Nm (3.0 kg-m) @ 9,000 rpm |
Lubrication system | Wet sump |
Clutch type | Wet, Multiple Disc |
Fuel system | Fuel Injection |
Ignition system | TCI |
Starter system | Electric |
Transmission system | Constant Mesh, 6-speed |
Final transmission | Chain |
Fuel consumption | N/A |
CO2 emission | N/A |
Chassis:
Frame | Diamond |
Front suspension system | Telescopic forks |
Front travel | 130 mm |
Caster angle | 25º |
Trail | 95 mm |
Rear suspension system | Swingarm |
Rear travel | 125 mm |
Front brake | Hydraulic single disc, Ø 298 mm |
Rear brake | Hydraulic single disc, Ø 220 mm |
Front tyre | 110/70-17M/C 54H (Tubeless) |
Rear tyre | 140/70-17M/C 66H (Tubeless) |
Dimensions:
Overall length | 2,090 mm |
Overall width | 720 mm |
Overall height | 1,135 mm |
Seat height | 780 mm |
Wheel base | 1,380 mm |
Minimum ground clearance | 160 mm |
Wet weight (including full oil and fuel tank) | 169 kg |
Fuel tank capacity | 14.0 L |
Oil tank capacity | 2.4 L |