Spyshot moped 150cc dikesan diuji di Malaysia, adakah ianya model Benelli atau Modenas?

0
2100

Berdasarkan sumber dari laman Facebook Motor One Stop, sekeping gambar spyshot sebuah model moped 125cc atau 150cc yang dipercayai bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi telah ditemui sedang diuji baru-baru ini. Lokasi gambar tidak diketahui.

Setakat ini menurut sumber, dua model moped terbaharu sedang rancak diuji, iaitu Modenas 150cc dan Benelli 125cc, atau mungkin juga Benelli 150cc. Mungkinkah gambar spyshot tersebut menunjukkan imej model Benelli 125cc atau 150cc, atau adakah ianya Modenas 150cc? Apa pendapat anda, teruja dan tidak sabar menunggu pelancarannya?