Pasukan Suzuki ECSTAR diperkenalkan secara rasmi di Sepang

0
138

Pada 29 Januari 2017 yang lepas bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Pasukan Suzuki ECSTAR (Team SUZUKI ECSTAR) secara rasminya diperkenalkan kepada umum. Untuk musim perlumbaan tahun 2017 ini, Suzuki mempertaruhkan dua pelumba handalan iaitu Andrea Iannone (Itali, 28 tahun) dan Alex Rins (Sepanyol, 21 tahun), dengan harapan untuk menempatkan pasukan di kedudukan antara yang terbaik dalam saingan kali ini. 

Selain memperkenalkan dua pelumba mereka, Pasukan Suzuki ECSTAR turut memperkenalkan jentera Suzuki GSX-RR 2017 yang menggunakan nombor 29 untuk Iannone, manakala Rins akan menggunakan jentera bernombor 42. Berdasarkan siaran akhbar yang diterbitkan, jentera GSX-RR 2017 telah ditala untuk menghamburkan kuasa maksimum melebihi 240PS dengan kelajuan maksimum melebihi 330 km/j.

Spesifikasi Suzuki GSX-RR 2017

  • Overall L x W x H:             2,096mm x 720mm x 1,140mm
  • Wheelbase:                        1,457mm
  • Engine Type:                      Water-cooled, 4 Stroke in-line 4 cylinder, DOHC 4 valve
  • Displacement:                   1,000cm3
  • Maximum Output:             Over 176kw (240 PS)
  • Maximum Speed:              Over 330km/h
  • Gearbox:                            Six-Speed, Seamless System
  • Chassis:                             Twin-spar aluminium
  • Tyres (Front/Rear):            Michelin, 17” / 17”
  • Front suspension:             Öhlins, Inverted fork
  • Rear suspension:              Öhlins
  • Brakes:                               Carbon/Steel disc, Brembo
  • Software:                           Magneti Marelli
  • Weight:                               157kg

Berdasarkan rekod, kejayaan Suzuki antaranya ditempa melalui pelumba legenda British tahun 1970an, Barry Sheene yang berjaya memenangi kejuaraan 500cc pertamanya pada tahun 1976. Legasi tersebut kemudiannya diteruskan oleh nama-nama popular seperti Marco Lucchinelli, Franco Uncini, Kevin Schwantz dan Kenny Roberts Jr. yang menambah kejuaraan 500cc kepada enam kesemuanya. Kejayaan paling terkini Suzuki dicapai dalam perlumbaan tahun lepas di Litar Silverstone di UK, melalui pelumba Maverick Viñales.

Bagi musim perlumbaan tahun 2017 kali ini, adakah Pasukan Suzuki ECSTAR akan berjaya mengembalikan semula kegemilangannya seperti dahulu? Sejak menarik diri dalam perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2011, Suzuki membuat kemunculan semula pada tahun 2015. Buat masa ini, persediaan yang dilakukan oleh Pasukan Suzuki ECSTAR termasuk kehadiran jentera terbaharu dijangka bakal membuahkan hasil yang positif.

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Pasukan Suzuki ECSTAR 2017 dalam galeri yang disediakan di bawah, kesemuanya dalam resolusi tinggi dan jelas.