Yamaha MT-07 model tahun 2017 untuk pasaran Jepun

0
300

Yamaha Motor Co., Ltd., baru-baru ini mengumumkan model ‘street naked’ Yamaha MT-07 model tahun 2017 bakal berada di pasaran Jepun mulai 15 Februari 2017 akan datang. Model tersebut didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu kelabu dan biru untuk versi ABS, manakala versi Non-ABS tersedia dalam pilihan warna putih dan kelabu gelap. 

Yamaha MT-07 ABS 2017 untuk pasaran Jepun dijual pada harga ¥ 760,320, manakala MT-07 2017 (Non-ABS) berharga sebanyak ¥ 710,640. Yamaha meletakkan sasaran jualan sebanyak 1,300 unit bagi setiap tahun. Untuk makluman anda, Yamaha MT-07 2017 kini turut dijual di pasaran Malaysia, maklumat selanjutnya boleh didapati melalui pautan ini.