
Kawasaki Motors Malaysia (KMM) pada 23 Januari 2017 yang lalu bertempat di Sunway Hotel Resort & Spa, secara rasminya memperkenalkan empat model baharu yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tahun 2017 ini – Kawasaki Versys-X 250, Kawasaki Ninja 650 ABS, Kawasaki Z650 ABS dan Kawasaki Z900 ABS.
Keempat-empat model tersebut merupakan barisan model-model terbaharu yang diperkenalkan oleh Kawasaki untuk pasaran tahun 2017, serta telah berada di beberapa pasaran dunia termasuk di pasaran negara jiran Indonesia dan Thailand. Berikut ialah senarai harga anggaran keempat-empat model berkenaan untuk pasaran Malaysia:
- Kawasaki Versys-X 250: kurang daripada RM25,000
- Kawasaki Ninja 650 ABS: kurang daripada RM38,000
- Kawasaki Z650 ABS: kurang daripada RM37,000
- Kawasaki Z900 ABS: kurang daripada RM58,000
Menurut KMM, model-model tersebut dijadualkan akan berada di pasaran Malaysia mulai April 2017 akan datang, manakala model supersport Kawasaki ZX-10RR 2017 juga dikatakan bakal tiba selepas itu. Pada pendapat anda, adakah senarai harga awal yang disebutkan itu berpatutan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan? Berikan komen anda.