Gambaran terkini Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250 versi 2017 – 2018 daripada Young Machine

0
609

Seperti mana kita semua sedia maklum, Yamaha akan memperkenalkan versi terbaharu untuk model Yamaha YZF-R25, sama seperti Kawasaki yang akan turut memperkenalkan versi dipertingkatkan untuk model Kawasaki Ninja 250. Berdasarkan maklumat sebelum ini, Yamaha YZF-R25 versi terbaharu akan diperkenalkan pada tahun ini, manakala Kawasaki Ninja 250 versi terkini mungkin akan diperkenalkan pada tahun ini atau mulai tahun depan.

Oleh kerana ramai peminat dunia permotoran yang berteka-teki mengenai penampilan dan reka bentuk terkini kedua-dua model itu, termasuk perubahan dari segi spesifikasi, maka majalah motosikal terkenal Young Machine telah melakukan lakaran terkini untuk kedua-dua model, seperti mana yang disiarkan di muka hadapan majalah berkenaan baru-baru ini. Anda boleh saksikannya dalam paparan di atas, namun resolusi imej tersebut agak rendah.

Melihat kepada lakaran yang dihasilkan oleh Young Machine berdasarkan sumber-sumber yang mereka perolehi, kedua-dua model kini dilengkapi suspensi depan jenis USD (Up Side Down), termasuk rekaan badan baharu yang lebih segar dan sporty. Cuma apa yang menjadi tanda tanya terbesar ialah setakat manakah peningkatan yang akan dilakukan terhadap enjin untuk kedua-dua model, demi memberikan saingan terhadap Honda CBR250RR 2017.