Ducati dan Diesel memperkenalkan Diavel Diesel, terhad 666 unit

0
201

Ducati dan syarikat fesyen terkenal Diesel baru-baru ini telah bekerjasama dalam memperkenalkan model eksklusif Ducati Diavel Diesel, yang hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 666 unit. Model tersebut dikatakan menggabungkan elemen-eleman dari masa silam dan masa depan, terhasil daripada kolaborasi mendalam di antara ‘Ducati Design Center’ dan Andrea Rosso yang merupakan ‘Diesel Licensing Creative Manager’.

Ducati Diavel Diesel memiliki enjin berkapasiti 1,198.4cc (Testastretta 11°, L-Twin cylinder, 4 Desmodromically actuated valves per cylinder, liquid cooled) yang dipadankan kotak gear 6-kelajuan, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 162hp @ 9,250rpm dengan tork puncak 130.5Nm @ 8,000rpm. Ducati Diavel Diesel telah membuat kemunculan di Motor Bike Expo yang berlangsung di Verona, Itali, bermula dari 20 sehingga 22 Januari 2017.

Di bawah berikut ialah ciri-ciri ekslusif yang melengkapi Ducati Diavel Diesel, termasuk galeri gambar-gambar menariknya, saksikan.

  • Tank cover in hand-brushed stainless steel with visible welding and rivets
  • Front cowl and passenger saddle cover with visible welding and rivets
  • Black lateral anodized air intakes with visible welding
  • Lateral air intake covers in red methacrylate with the Diesel logo on the inside
  • Red LCD dashboard
  • Exhaust pipes with black Zircotec ceramic coating
  • Black silencers with ends machined from solid
  • Exclusive design leather saddle with DDD pyramid
  • Numbered plate on frame
  • Matte black front mudguard with DDD pyramid
  • Rear-view mirrors with stem and cup machined from solid
  • Red Brembo front brake callipers
  • Chain with five red links
  • Bike cover and rear stand supplied standard
 Galeri Ducati Diavel Diesel