Suzuki SV650A Scrambler di pasaran Perancis dan Netherlands

0
121

Dalam bulan Disember 2016 baru-baru ini, Suzuki telah memperkenalkan sebuah model dalam kategori scrambler, SV650A Scrambler untuk pasaran Perancis, dengan penampilan dan gaya retro yang kelihatannya cukup menarik. Menggunakan enjin carian Google, didapati model tersebut turut ditawarkan di pasaran negara Netherlands (Belanda).

Suzuki SV650A Scrambler diasaskan daripada model Suzuki SV650A yang dilengkapi sistem brek ABS, dengan enjin bersesaran 645cc yang dipadankan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut ialah 76.14PS @ 8,500rpm dengan tork maksimum 64Nm @ 8,100rpm. Berat badan SV650A Scrambler ialah 197 kilogram.

Berdasarkan ‘trend’ semasa, kebanyakan pengeluar motosikal ternama dunia kini semakin rancak memperkenalkan model scrambler masing-masing. Antara kelebihan motosikal dalam kategori scrambler ini ialah ciri-ciri dan perwatakannya yang tahan lasak dan berkemampuan meredah laluan dan jalan yang lebih mencabar berbanding model ‘naked’ jenis biasa.

Galeri: Suzuki SV650A Scrambler 2017 untuk pasaran Netherlands