Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017

0
179

Ini ialah skuter maxi Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017 untuk pasaran Eropah, hadir dengan penampilan yang menarik dan sporty. Ianya dilengkapi enjin 395cc (Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) yang digandingkan dengan transmisi ‘V-Belt Automatic’, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 24.5kW @ 7,000rpm bersama-sama tork puncak mencecah 36Nm @ 6,000rpm. Menurut Yamaha, enjin tersebut telah mematuhi piawaian emisi EURO4. 

Yamaha X-MAX 400 2017 dilengkapi sistem brek depan berkembar (dual floating front disc brakes) termasuk brek cakera belakang, sistem brek ABS standard, lampu LED depan dan belakang, paparan instrumen berteknologi tinggi, tangki penuh bahan api 14 liter, ruang di bawah kusyen yang boleh memuatkan dua topi keledar bermuka penuh dan berat (wet weight) 215 kg . Tiga pilihan warna yang tersedia ialah ‘Stonehenge Grey’, ‘Absolute White’ dan ‘Matt Grey’.