Suzuki Gixxer 150 diperkenalkan untuk pasaran Jepun

0
192

Suzuki Motor Corporation mengumumkan model Gixxer 150cc akan mula dijual di pasaran Jepun mulai 27 Januari 2017 akan datang. Model tersebut sebelum ini dikeluarkan untuk pasaran India dalam tahun 2014, dan kemudiannya dieksport ke pasaran Asia dan Amerika Latin.

Suzuki Gixxer dikuasakan enjin 154cc (air-cooled single-cylinder) yang menghasilkan kuasa maksimum 10kW (13.5PS) @ 8,000rpm dengan tork maksimum 14Nm @ 6,000rpm. Tahap kecekapan penggunaan bahan apinya dikatakan mencapai 58.8km bagi setiap liter petrol.

Harga yang dicadangkan untuk pasaran Jepun ialah sebanyak 316,440 Yen, bersamaan RM12,272.73 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Cuma agak menghairankan kenapa Suzuki tidak terus menawarkan model terbaharu Suzuki GSX-S150 yang lebih moden.

Sumber: Suzuki.co.jp & Young Machine FB