MV Agusta Dragster “Blackout” buat kemunculan di Motor Bike Expo 2017

0
239

MV Agusta telah mempersembahkan sebuah model ekstrem terbaharunya yang dikenali dengan nama MV Agusta Dragster “Blackout”, dalam pameran yang berlangsung di acara Motor Bike Expo 2017 (dibuka kepada pengunjung mulai 20 sehingga 22 Januari 2017), dan diadakan bertempat di Verona, Itali.

Menurut MV Agusta, model “Blackout” tersebut merupakan hasil kerjasama dengan kilang Varese dan Valter Moto Components (valtermoto.it), pengeluar aksesori premium yang pakar dalam menghasilkan komponen-komponen perlumbaan dan juga merupakan rakan kongsi rasmi untuk pasukan lumba MV Agusta Reparto Corse. Turut membantu dari sudut warna dan grafik ialah Tecnoart Sersan (tecnoartsersan.com).

MV Agusta Brutale Dragster Blackout diasaskan daripada model MV Agusta Dragster, yang mana Valter Esposito (founder of the company and creator of the concept), mahu mencipta sebuah model “techno-café racer” yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan motosikal dan talaan kereta.