Warna baharu istimewa untuk Honda CB650F dan CBR650F

0
270

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan dua model edarannya Honda CB650F dan Honda CBR650F kini hadir bersama-sama pilihan warna terbaharu untuk penampilan premium yang lebih menarik. Kedua-dua warna yang diperkenalkan terhasil daripada gabungan beberapa warna istimewa – ‘Matte Black’ dengan ‘Red Chassis’ dan ‘Matte Black’ dengan ‘White Chassis’.

Kedua-dua model CB650F dan CBR650F didatangkan dengan ‘digital speedometer’, ‘digital bar graph technology’, ‘dual trip meter’, ‘digital bar graph fuel gauge’, ‘digital clock’, ‘HISS security system’ dan ‘LED taillight’. Jentera dengan enjin empat silinder itu akan mula berada di Kedai Impian Honda (Honda Impian Shop) mulai 23 Januari 2017 pada harga yang berpatutan dari RM44,730.94 (CB650F) dan RM46,850.94 (CBR650F) termasuk GST.

Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 2 tahun atau 20,000km (yang mana tiba lebih awal). Berikut ialah spesifikasi teknikal Honda CB650F dan CBR650F:

Engine TypeLiquid-cooled inline 4-cyclinder
Displacement649cc
Bore X Stroke (mm)67 x 46
Compression Ratio11.4
Clutch TypeWet, Multiplate with coil springs
Transmission6-speed
Dimensions (LxWxH) (mm)CBR650F: 2,110 x 775 x 1,145
CB650F: 2,110 x 775 x 1,120
Wheelbase (mm)1,450
Caster Angle / Trail (mm)25.5⁰ / 101
Curb Weight (kg)CBR650F: 206
CB650F: 209
Fuel Tank Capacity (ℓ)17.3
Suspension TypeFront: Telescopic
Rear Axle: Pro-Link
Tyres SizeFront: 12/70ZR 17M/C (58W)
Rear: 180/55ZR 17M/C (73W)
Brakes TypeFront: Hydraulic Double Disk
Rear: Hydraulic Single Disk