KTNS Holdings Sdn. Bhd. perkenal dua model terbaharu KTN ZII 200 dan KTN Rhino 125

0
3392

KTNS Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan dua model terbaharu yang dikenali dengan nama KTN ZII 200 dan KTN Rhino 125, yang mana kedua-duanya hadir dengan penampilan menarik dan kelihatannya agak unik. KTN ZII 200 mungkin merupakan model yang meneruskan legasi dua model terdahulu KTN Z ONE S 200 dan KTN Z ONE S 200 R, manakala KTN Rhino 125 dijangka akan menjadi pencabar handal kepada model Honda MSX125 dan Benelli TNT135.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai model KTN ZII 200 termasuk spesifikasi dan tarikh ianya akan berada di pasaran, namun untuk model kompak KTN Rhino 125, ianya dijangka akan berada di pasaran mulai April 2017 akan datang. Untuk anda yang berminat dengan penampilan sporty KTN ZII 200 dan penampilan unik KTN Rhino 125 yang bagaikan sebuah model Ducati Monster yang dikecilkan saiznya, kita tunggu perkembangan selanjutnya daripada KTNS Holdings Sdn. Bhd..

Sumber: KTNS Holdings Sdn. Bhd.