Kawasaki Z650 ABS 2017 kini di pasaran Thailand

0
169

Berbanding pasaran Malaysia, negara jiran Thailand nampaknya lebih beruntung apabila menerima kehadiran model terbaharu Kawasaki Z650 ABS 2017 lebih awal. Untuk pasaran Thailand, Z650 ABS 2017 didatangkan dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Hijau (Candy Lime Green / Metallic Spark Black) dan Putih (Pearl Flat Stardust White / Metallic Spark Black).

Harga yang ditawarkan untuk model berkenaan ialah sebanyak¬†283,000 Baht, bersamaan RM35,662.48 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Kawasaki Z650 ABS 2017 dilengkapi enjin bersesaran 649cc dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, di samping hadir dengan gaya rekaan agresif yang menawan (Sugomi Design) mirip model ‘supernaked’ Kawasaki Z1000.