Honda VFR800X Crossrunner 2017

0
73

Model ‘adventure sports tourer’ premium daripada Honda telah menerima kemaskini ketara pada tahun 2015, dengan pelbagai peningkatan telah direka untuk tunggangan yang lebih lasak dan menyeronokkan. Ianya menampilkan tork pertengahan dan kuasa akhir yang lebih tinggi daripada enjin V4-VTEC yang dinaik taraf, gaya pengembaraan yang lebih tajam termasuk ciri ergonomik yang lebih halus dan ‘travel suspension’ yang lebih panjang, roda dan sistem brek baharu.

Ciri-ciri lain yang dibekalkan standard termasuklah sistem HSTC (Honda Selectable Torque Control), ABS, lampu LED sepenuhnya (full LED lighting), ‘5-stage heated grips’, ‘self-cancelling indicators’ dan pelaras ketinggian tempat duduk. Untuk model tahun 2017, Honda VFR800X Crossrunner untuk pasaran Eropah ini akan dilengkapi pengecas DC dan cermin penghadang angin yang boleh dilaras, di samping enjin yang kini mematuhi piawaian emisi EURO4.

Honda VFR800X Crossrunner 2017 dikuasakan enjin berkapasiti 782cc (Liquid-cooled 4-stroke 16-valve DOHC 90° V-4) yang digandingkan bersama-sama sistem transmisi 6-kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai 78kW (104.5hp) @ 10,250rpm dengan tork maksimum mencecah 75Nm @ 8,500rpm. Tangki bahan api model kembara tersebut berkeluasan maksimum 20.8 liter, dengan berat motosikal (Kerb Weight) ialah 242 kilogram.

Apabila berada di pasaran nanti, VFR800X Crossrunner 2017 akan tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti ‘Matte Ballistic Black Metallic’, ‘Candy Prominence Red’ dan ‘Pearl Glare White’. Di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar model berkenaan, saksikan.