Spesifikasi KTN GP 250 Classic Cafe Racer 2017

0
201

KTN GP 250 Classic Cafe Racer 2017

Antara model terbaharu yang berada di pasaran tempatan ketika ini ialah KTN GP 250 Classic 2017, yang mana ianya merupakan sebuah model Cafe Racer yang mempunyai gaya penampilan klasik yang cukup menarik. Berdasarkan maklumat terdahulu, harga yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM11,600.00 (tidak termasuk GST 6%, insuran dan cukai jalan).

KTN GP 250 Classic 2017 dilengkapi enjin bersesaran 249cc (4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled), sistem penghidup eletrik, brek cakera depan dan belakang, tangki bahan api dengan isian maksimum 12 liter dan berat kering 125 kilogram. Kuasa maksimum enjin yang dihasilkan adalah setinggi 15.4kW (20.6hp) @ 7,500rpm dengan tork puncak 19.5Nm @ 6,000rpm.