Galeri: Demak DMS 110 model tahun 2011

0
36

Sekitar tahun 2011 yang lalu sewaktu penulis masih lagi aktif dengan blog lama, penulis pernah menyiarkan galeri gambar-gambar menarik motosikal Demak DMS 110 yang tampil serba unik. Selain dilengkapi enjin 4-lejang bersesaran 110cc, Demak DMS 110 turut dilengkapi ‘single arm’ dengan suspensi belakang monoshock, serta brek cakera depan dan belakang.

Reka bentuknya mungkin diinspirasikan daripada model Yamaha X-1R yang pernah dijual di pasaran Thailand. Buat masa ini legasi Demak DMS 110 diteruskan lagi melalui model Demak EVO ZR 110, namun model tersebut tidak lagi dilengkapi ‘single arm’ untuk roda belakangnya. Siapakah agaknya yang pernah membeli dan masih memiliki motosikal Demak DMS 110 ini?