Yamaha 110SS keluaran tahun 1991

0
37

Model yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di zaman kegemilangan motosikal kapcai segmen 2-lejang pada era 1990-an, Yamaha 110SS ternyata sangat popular sewaktu ianya muncul di pasaran. Yamaha 110SS (Yamaha Sports 110SS, Yamaha Y110SS) merupakan kesinambungan kepada model Yamaha Sports 100, juga sebagai jawapan Yamaha kepada model Suzuki Best 110 yang terlebih awal menjadi idaman ramai. 

Bagaimanapun populariti Yamaha 110SS tidak kekal lama apabila beberapa tahun selepas itu Suzuki menyerang balas dengan melancarkan model terhangat Suzuki RG Sports 110, yang kemudiannya diikuti oleh model Suzuki RGV 120. Apabila diingati kembali zaman kegemilangan Yamaha 110SS sewaktu penulis masih lagi di bangku sekolah menengah, inilah model yang telah mengangkat imej pemiliknya ke tahap yang lebih tinggi.