Warna baharu Yamaha YZF-R25 2017 di pasaran Indonesia

0
90

Untuk pasaran Indonesia, Yamaha YZF-R25 bagi model tahun 2017 telah menerima kemaskini skim warna baharu yang lebih menarik – ‘Racing Blue’, ‘Diablo White’ dan ‘Spectre Grey’. Model sport berkenaan tersedia dalam varian ABS dan Non-ABS, dijual pada harga Rp. 61,600,000 (ABS, OTR Jakarta) dan Rp 55,600,000 (Non-ABS, OTR Jakarta). 

Dari segi spesifikasi, Yamaha YZF-R25 2017 dilengkapi enjin berkapasiti 250cc (Inline 2-cylinder, Liquid cooled 4-stroke, DOHC) dengan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 26.5 kW/12,000rpm dengan tork maksimum 22.6Nm/10,000rpm. Berat keseluruhannya ialah 166 kilogram dan dilengkapi tangki bahan api seluas 14 liter.