Honda CBR250 FOUR model keluaran tahun 1986

0
59

Zaman kegemilangan motosikal supersport kelas permulaan 250cc dengan enjin berkonfigurasi 4-silinder boleh dikatakan telah berlalu. Buat masa ini kebanyakan pengeluar lebih selesa menghasilkan model-model dengan enjin 2-silinder, salah satu contoh terkini ialah Honda CBR250RR 2017. Alangkah baiknya kalau Honda kembali memperkenalkan legasi untuk model CBR250 FOUR yang dilancarkan di pasaran Jepun pada tarikh 25 April 1986 yang lalu. 

Berdasarkan maklumat di dalam Wikipedia Jepun, CBR250 FOUR dilengkapi enjin bersesaran 249cc (water-cooled four-valve DOHC 4 cylinder engine, 4 into 1 set muffler) yang menghasilkan kuasa maksimum 45ps @ 14,500rpm dengan tork puncak setinggi 2.5kg-m @ 10,500rpm. Kelajuan motosikal ini dikatakan mampu mencapai 180 km/j setelah dihadkan. Sampai masanya nanti, mungkin generasi baharu CBR250RR akan mengikut jejak langkah CBR250 FOUR ini.