Model baharu Yamaha FZ250 akan dilancarkan di pasaran India pada 24 Januari 2017

0
50

Sebelum ini kita semua telah melihat gambar-gambar ‘spyshot’ unit ujian model terbaharu Yamaha untuk pasaran India, yang mana ianya dijangka akan dilengkapi enjin berkapasiti 250cc dan bakal diberi nama Yamaha FZ250.

Terkini, Yamaha Motor India telah mengeluarkan ‘teaser’ mengenai ketibaan sebuah model terbaharu, dengan jadual pelancarannya dilaporkan akan diadakan pada tarikh 24 Januari 2017 akan datang.

Berdasarkan gambar ‘teaser’ tersebut, tidak syak lagi model yang akan dilancarkan itu ialah Yamaha FZ250 terbaharu, berdasarkan lampu depannya yang mirip unit ujian Yamaha yang ditemui sebelum ini.

Setakat ini, pembangunan model terbaharu itu dikatakan mengambil asas daripada model Yamaha Fazer 250 Blue Flex 2017 di pasaran Brazil, anda boleh saksikan gambar-gambar model tersebut di dalam galeri di bawah.

Sumber: Indianautosblog.com