Honda VFR800F model tahun 2017

0
155

Menurut maklumat daripada Honda Motor Europe, model VFR800F telah menerima kemaskini menyeluruh pada tahun 2014 melibatkan reka bentuk baharu yang lebih tajam dan kontemporari, termasuk kelengkapan ciri-ciri dan teknologi baharu. Untuk model tahun 2017, VFR800F kini tersedia dalam pilihan warna terbaharu ‘Digital Silver Metallic’, di samping dua warna sedia ada ‘Darkness Black Metallic’ dan ‘Victory Red’.

Honda VFR800F 2017 dilengkapi enjin unik V4-VTEC berkapasiti 782cc (Liquid-cooled 4-stroke 16-valve DOHC 90° V-4), sama seperti jentera MotoGP Honda RC213V dan model jelajah ‘flagship’ VFR1200F yang turut menggunakan enjin jenis V4. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencecah 104.5hp @ 10,250rpm dengan tork puncak 75.1Nm @ 8,500rpm. Enjin bertaraf EURO4 tersebut dipadankan sistem transmisi enam kelajuan.