Galeri: Ducati 959 Panigale model tahun 2017

0
163

Ducati 959 Panigale model tahun 2017 dikuasakan enjin bersesaran 955cc (Superquadro: L-twin cylinder, 4 valve per cylinder, Desmodromic, liquid cooled) yang dipadankan transmisi 6-kelajuan (6 speed with DQS Ducati Quick Shift), seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 157hp @ 10,500rpm dengan tork puncak 107.4Nm @ 9,000rpm. Berat basah keseluruhan jentera tersebut ialah 200 kilogram (berat kering 176 kilogram).

Untuk model tahun 2017, enjin 959 Panigale kini telah mematuhi piawaian emisi EURO4, dan ditawarkan dalam pilihan warna Merah (Ducati Red with black wheels) dan Putih (Arctic White Silk with red wheels). Harga jualannya di pasaran UK ialah £13,250 untuk model berwarna Merah dan £13,450 untuk model berwarna Putih. Berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Ducati 959 Panigale 2017, kesemuanya dalam resolusi tinggi, saksikan.