Yamaha XJ650T (1982 – 1984) dikuasakan enjin turbo

0
299

Pada awal 1980-an, Yamaha XJ650T diperkenalkan dengan enjin 4-silinder berkapasiti 653cc, lengkap dengan sistem pengecas turbo. Menurut maklumat yang diperolehi, pengeluaran Yamaha XJ650T hanya berlangsung dalam tempoh singkat, bermula dari tahun 1982 sehingga 1984. Antara pasaran motosikal ini ialah Eropah dan Amerika Syarikat. 

Selain daripada enjin turbo, reka bentuk XJ650T juga boleh dikatakan unik dan kelihatan begitu klasik jika dibandingkan dengan rekaan model-model terbaharu masa kini. Namun begitu, hayat motosikal berenjin turbo seperti XJ650T ini tidak lama, disebabkan faktor harga jualan yang lebih mahal dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kurang praktikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here