Skuter kecil Honda Ruckus 2017 di pasaran USA

0
378

Honda memahami bahawa kadangkala kita hanya memerlukan pergerakan yang mudah untuk bergerak dari titik A ke titik B. Oleh itu mereka memperkenalkan sebuah skuter kecil bernama Ruckus, dengan berat keseluruhan (curb weight) hanya 90 kilogram. Honda Ruckus model tahun ini 2017 dilengkapi enjin berkapasiti 49cc (liquid-cooled single-cylinder four-stroke) yang kemudiannya dipadankan transmisi automatik (Automatic V-Matic belt drive).

Ciri-ciri lain yang melengkapi Ruckus 2017 ialah sistem penghidup eletrik dan tendang, tangki bahan api yang boleh diisi sehingga 5 liter, brek dram di bahagian roda depan dan belakang, serta tersedia dalam pilihan warna putih merah dan hitam. Harga yang ditetapkan untuk Honda Ruckus 2017 di pasaran USA bermula dari $2,699. Untuk pergerakan mudah di dalam kawasan perumahan misalnya, skuter kecil Ruckus ini pastinya pilihan yang sesuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here