Suzuki Swift 2017 diperkenalkan di pasaran Jepun

0
131

Pada 27 Disember 2016, Suzuki Motor Corporation secara rasminya memperkenalkan model kompak Suzuki Swift 2017 serba baharu di pasaran Jepun. Model tersebut akan memulakan jualannya di pasaran negara matahari terbit itu mulai 4 Januari 2017 akan datang.

Menurut Suzuki, Swift merupakan sebuah model kompak ‘flagship’ bagi syarikat tersebut, dengan jualannya di seluruh dunia telah melebihi 5.3 juta unit sejak ianya dilancarkan pada tahun 2004. Bagi model serba baharu ini, Swift 2017 didatangkan dengan pilihan enjin 1.2 liter DUALJET dan enjin¬†1.0L BOOSTERJET (direct-injection turbo engine), yang kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan (6AT).

Suzuki Swift 2017 serba baharu akan turut dilancarkan di pasaran lain selain daripada Jepun, dan akan membuat kemunculan global di pameran automotif Geneva Motor Show dalam bulan Mac 2017. Untuk pasaran Malaysia, pelancaran model tersebut pada masa depan mungkin bergantung kepada sejauh mana kerjasama di antara Suzuki dengan Proton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here