Yamaha Aerox 155 dilancarkan di pasaran Thailand

0
27

Skuter generasi baharu Yamaha Aerox 155 baru-baru ini secara rasminya dilancarkan di pasaran Thailand, susulan daripada pelancaran di pasaran Indonesia dan juga Vietnam pada November lepas. Untuk pasaran Indonesia, ianya dikenali dengan nama Yamaha Aerox 155VVA, manakala untuk pasaran Vietnam ianya dikenali dengan nama Yamaha NVX 155. 

Yamaha Aerox 155 di pasaran Thailand ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard Version, R Version dan ABS Version. Berdasarkan laporan terdahulu, model skuter berkenaan akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan. Sebagai maklumat tambahan mengenai Aerox 155 di pasaran Thailand, anda boleh saksikan imej ‘brochure’ di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here