Triumph Motorcycles UK akan memperkenalkan model terbaharu pada 10 Januari 2017

0
92

Triumph Motorcycles UK baru-baru ini secara rasminya mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan memperkenalkan sebuah model terbaharu pada 10 Januari 2017 akan datang. Bagi menghangatkan lagi penantian untuk model yang digelar sebagai pengubah permainan (game changer) itu, sebuah video klip ‘teaser’ telah disiarkan melalui laman YouTube.

Menurut laporan awal, model yang akan diperkenalkan itu berkemungkinan besar ialah model Street Triple baharu, dengan kapasiti enjinnya dijangka akan meningkat mencapai paras 800cc. Berdasarkan klip video ‘teaser’ di atas, tidak banyak maklumat yang diperolehi, namun barisan ayat “The Street Will Never Be The Same Again’ sangat mengujakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here