
Unit ujian Yamaha YZF-R15 2017 dilengkapi fork depan USD
Yamaha YZF-R15 model tahun 2017 dijangka akan dilancarkan di pasaran Indonesia mulai tahun depan, namun tarikh sebenar yang tepat masih belum diketahui. Setakat ini gambar-gambar ‘spyshot’ model 150cc tersebut yang sedang diuji di jalan raya di dapati semakin rancak dikongsikan di dalam laman-laman sosial dan blog dari seberang, memperlihatkan bahagian belakang, bahagian sisi, malah terdapat juga gambaran di bahagian depan.
Spyshot bahagian sisi belakang Yamaha YZF-R15 2017
Berdasarkan sekeping gambar ‘spyshot’ R15 2017 yang anda boleh lihat di atas, kini telah disahkan bahawa antara peningkatan yang dilakukan oleh Yamaha untuk model serba baharu itu ialah penggunaan sistem ‘upside-down fork’, atau singkatannya USD, untuk sistem suspensi bahagian depan. Berbanding sistem ‘fork’ depan jenis biasa, sistem USD telah terbukti berjaya meningkatkan kawalan dan pengendalian motosikal dengan ketara.
Imej lakaran Yamaha YZF-R15 2017
Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya kenapa Yamaha kelihatan semakin agresif dalam mempertingkatkan ciri-ciri dan kemampuan R15 2017? Sebabnya yang pasti ialah jualan R15 2016 di pasaran Indonesia kini semakin suram setelah kehadiran Honda CBR150R 2016 yang tampil dengan reka bentuk cukup bergaya dan sporty. Yamaha tiada pilihan lain selain terpaksa menarik taraf R15 2017 agar ianya terus relevan di pasaran.
Sumber: MesinBalap.com & MotoBlast.org