MV Agusta Brutale 800 Dragster RR 2017

0
161

Diperkenalkan sekitar bulan November 2016 yang lepas, MV Agusta Brutale 800 Dragster RR model tahun 2017 ini hadir dengan warna dan gaya yang lebih menarik berbanding model Dragster 800 RR sebelumnya. Padanan warna kuning dan hitam (Pearl Metallic Yellow / Black) menjadikan penampilan keseluruhannya kini kelihatan unik dan tersendiri. 

MV Agusta Brutale 800 Dragster RR 2017 dikuasakan enjin berkapasiti 798cc (three cylinder, 4 stroke, 12 valve), menghasilkan kuasa maksimum impresif 140hp @ 13,100rpm dengan tork puncak 86Nm @ 10,100rpm. Paling penting enjin tersebut kini telah mematuhi piawaian ketat EURO4. Harga yang ditawarkan untuk pasaran UK ialah sebanyak £ 14,790.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here