Yamaha YZF-R6 2017 di pasaran USA mulai bulan Mac depan

0
121

Untuk pasaran Eropah, Yamaha YZF-R6 model tahun 2017 telah disahkan akan berada di pasaran mulai bulan April 2017. Manakala untuk pasaran USA, ianya akan mula dijual mulai bulan Mac 2017, pada harga jualan dan pilihan warna seperti berikut:

  • $12,199 – Matte Black
  • $12,199 – Team Yamaha Blue
  • $12,199 – Intensity White / Matte Silver

Yamaha YZF-R6 2017 diperkenalkan secara rasmi pada 13 Oktober 2016, seterusnya membuat kemunculan di EICMA 2016 pada awal November 2016 yang lepas. Berbanding model tahun 2016 yang anda boleh lihat di sini, rekaan YZF-R6 2017 telah mengalami perubahan yang lebih agresif termasuk peningkatan dari aspek teknikal dan kuasa enjin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here