Honda mungkin melancarkan CB250RR 2017 serba baharu

0
159

Lakaran Honda CB250RR 2017 daripada Young Machine

Selepas sukses dengan kejayaan melancarkan model supersport Honda CBR250RR 2017 serba baharu, Honda dijangka akan memperkenalkan versi ‘naked’ untuk model berkenaan yang mungkin akan dikenali dengan nama Honda CB250RR 2017. Setakat ini muka hadapan majalah permotoran Young Machine telah menyiarkan imej lakaran model tersebut.

Honda CB250F 2016 Special Edition

Young Machine mungkin telah mendapat maklumat awal mengenai pembangunan CB250RR 2017, yang mana ianya merupakan kesinambungan kepada model ‘naked’ sedia ada Honda CB250F 2016 yang ketika ini dijual di pasaran Jepun. Apa pendapat anda mengenai model Honda CB250RR 2017 jika benar ianya akan diperkenalkan di pasaran global nanti?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here