Honda CB500F 2017 terima enjin mesra EURO4

0
132

Sebelum ini bagi model tahun 2016, Honda CB500F telah menerima beberapa kemaskini yang lebih menarik dari segi penampilannya, antaranya termasuk tangki bahan api yang lebih besar, pemasangan lampu LED, naik taraf suspensi depan (spring preload adjustable front forks), ekzos baharu yang lebih ringan dan tuil brek yang boleh dilaras. Bagi model tahun 2017, Honda CB500F kini telah dilengkapi enjin yang mematuhi piawaian EURO4.

Honda CB500F 2017 di pasaran Eropah ditawarkan dalam pilihan lima warna yang menyerlah seperti ‘Lemon Ice Yellow/Graphite Black’, ‘Candy Energy Orange/Macadam Grey Metallic’, ‘Millennium Red/Macadam Grey Metallic’, ‘Pearl Metalloid White/Macadam Grey Metallic’ dan ‘Matte Gunpowder Black/Matte Krypton Silver Metallic’. Untuk pasaran Malaysia, Honda CB500F model tahun 2016 telah dilancarkan pada Ogos yang lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here