
Apabila model KTM 690 DUKE 2017 dirasakan terlalu biasa, maka versi R datang menyelamatkan keadaan. Seperti mana namanya, KTM 690 DUKE R 2017 merupakan versi lebih agresif yang pada bila-bila masa boleh memecut laju di litar tanpa menghiraukan selekoh tajam atau laluan lurus yang panjang. Sekali pandang, kelihatan grafik R yang besar pada bahagian tangki bahan apinya di samping ekzos terkenal berjenama Akrapovic.
Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menarik KTM 690 DUKE R 2017 di bawah.